Monday, 30 December 2013

Last Day of 2013.

Hai hai korang :) Hari ni hari terakhir untuk tahun 2013. Mesti korang tengah kemas-kemas barang sekolah untuk esok kan? *bagi pelajar negeri Johor lah. Negeri lain, start 2 Januari kan? Hmm. Tak ada masa aku nak jeles. Hihikk. Tadi aku pergi beli buku tulis dekat sekolah. OKayy.. Agak banyak jugak buku dia. Sebeban aku bawak. Lepas tu, aku kene ambil buku teks pulak kat SPBT. Perghhh. Lagi lah double beban yang aku bawak. Aku perhatikan tadi, buku teks Form5 semuanya tebal-tebal belaka. Hmm. Sempat ke tak nak khatamkan semua subjek. Hihikk. Dah lah yang Form4 punyer pon aku tak dapat catch up lagi. Mcam mana lah aku nak jawap SPM nanti. Sabar jelah :3

Kalau cakap pasal TAHUN BARU mesti ada yang akan tanya azam kita right?? Hmm. Kalau aku, aku tak pernah tanamkan sebarang azam pun. Sebab, tak pernah tercapai pon. Aku cuma harap yang aku berjaya tempuhi semua ujian yang datang dengan jayanya. Tak kesah dalam pelajaran, sukan and everything. Bukan tu je, aku harap hubungan aku dengan Dia akan baik-baik je. Apa-apa pun azam tahun baru korang, aku doakan korang dapat capai dengan berjaya :) Aminnn.

GOODBYE 2013, WELCOME 2014 !
HAPPY NEW YEAR :D


Tuesday, 24 December 2013

Merry Christmas And Happy New Year.

Today is 25th December right? So, it's Christmas! Opps :) Tak salah untuk kita wish pada orang yang menyambut kan? Sebab ada orang cakap salah. Then, aku try search lah dekat Google pasal hal nihh. Pastu, aku jumpa orang tulis tentang hal nihh. Dia tulis in English. So, aku pergilah translate dekat Google Translate :) Hihikk.

"1)  Seluruh keluarga saya adalah Roman Katolik. Saya ingin mereka riang Krismas. Penyelenggaraan hubungan kami adalah import terbaik. Ucapan orang & mengakui budaya mereka & amalan agama hanya sopan. Dengan cara yang sama bahawa sebagai orang Islam, kita mahu mereka mengakui & menghormati kita. Ini tidak sama seperti yang sebenarnya terlibat dalam satu ibadah yang akan syirik & oleh itu dilarang.
Selanjutnya, bertukar-tukar hadiah adalah satu fenomena agama budaya & tidak. Ia juga tidak terhad kepada kesempatan holidayy seperti Krismas. Ia tidak bermakna bahawa anda mengakui bahawa ketuhanan Isa.
Dalam mana-mana, pelbagai amalan Krismas sebenarnya bercerai dari agama Kristian. Isa tidak dilahirkan pada 25 Disember. Tarikh itu ialah solstis musim sejuk & asalnya perayaan Mithras, yang dirayakan di Rom & Parsi Sassanid Empires. Amalan memberi hadiah dibungkus dalam kain & kertas warna pada hari itu sebenarnya mendahului agama Kristian. Yang treee konifer pada asalnya bertujuan untuk mewakili kesuburan & untuk menghormati Dewi kesuburan, mungkin Demeter atau Ishtar. Sejak Isa dilahirkan di Timur Tengah, tidak perlu Pokok Krismas menjadi pokok kelapa? Dalam sebarang kes, ini telah menjadi amalan semata-mata budaya.
Terence Nunis "


 "2) Bolehkah seseorang itu ingin orang lain "Merry Christmas" atau "Selamat Tahun Baru"?

Adalah tidak dibenarkan untuk mengucapkan bukan Islam Merry Krismas, kerana itu ucapan adalah ucapan agama dan kita orang Islam tidak dibenarkan untuk menerima pakai mana-mana adat atau gaya agama mereka. Hadith ini juga melarang ucapan dengan cara yang bukan Islam.

Berkata 'tahun baru happy' adalah makruh, tidak sama sekali haram kerana ini bukan istilah agama. Tetapi ia adalah lebih baik untuk mengelakkan walaupun ini. Di tempat kedua-dua jenis ucapan, kita hanya boleh mengatakan kepada mereka: "kami mahu anda lebih daripada musim perayaan" atau "salam untuk musim perayaan" dan apabila mengatakan ini mempunyai niat ini di tengah-tengah bahawa anda membuat doa petunjuk untuk mereka. Yang ingin mereka dengan baik sebenarnya ingin bahawa ALLAH (سبحانه وتعالى) membimbing mereka kepada Islam ..

Dan ALLAH (سبحانه وتعالى) lebih mengetahui .."


Ni adalah perbezaan pendapat. Hmm. Semuanya bergantung pada niat. Kita cuma nak menghormati dia sahaja :) Apapun MERRY CHRISTMAS to my Dear Sister :) 


 
 

Monday, 23 December 2013

Hangout With Them.



 Assalamualaikum..
Kali ni aku nak post pasal aku pergi hang dengan member-member aku hari tu. Agak lambat sikit updatenya. Hehee :) Actually, kitorg keluar pon sebab nak cari barang sekolah. Tapi, yang jumpa cuma beg je. Kasut, diorang tak jumpa lagi. Cuma aku punyer je yang jumpa. Maklumlah, beli dah lambat. Stok pon dah habis. Nasib baik yang last ikut saiz kaki aku. Tema beg tahun depan BIRU :) Yeayhhh.. diorg ikut cakap aku. Hihikk :) Aku memang tengah gila biru sekarang nihh. Tapi, stokin aku jee warna pink. Macam boleh jee pakai. Ada aku heran?? Pakai jelah. LOL -_-
Ni antara babak-babak yang sempay dirakamkan. Hahaha :D Kalau dah keluar bersama nihh, memang kerja nak ambik gambar jelah kan? Lagi-lagi yang ditudung pink tu. Memang kaki snap :) Hahahahaha :D Nak tengok barang apa yang kitorang beli? Jap ehh??Tak lah banyak sangat. Sebab masing-masing bajet ciput jee. For next year, uniform sekolah aku tak tukar. Lagipon, dah last year kan? Buat apa nak membazir. Harapnya, tahun depan aku punya semangat nak belajar tuh biarlah sentiasa ada. Tak nak malas-malas dah. Ayah cakap, kalau cuti penggal tahun depan dia nak hantar aku pergi kota. Belajar Add Math dengan makcik aku yang cikgu tuhh. Huh -,- Turutkan sajalah. Untuk kebaikan aku jugak. Hope boleh buatlah SPM tahun depan. Dah lah aras tinggi. Cekik darah betul. Sabo jelah. :)
Nilah kasut yang kitorang cari tuhh. BUM Equipment.
This is our blue bag :)











Monday, 16 December 2013

Next Year is Coming Soon

Hye korang *lambai tangan. Beberapa hari ni aku asyik pikir nak post apa jee dekat blog nihh. --" Dan selalu menemui jalan buntu. Hehehe :) Lagi satu! Aku sekarang selalu pikir pasal masa depan aku. Contohnya, apa cita-cita aku? Aliran apa yang aku akan ambil masa masuk U nanti? Boleh ke aku bawa subjek tu dengan baik? Kerjaya apa yang aku ceburi nanti? Semua tu bermain dalam fikiran aku sekarang nihh. Memandangkan aku tak pernah menanam apa-apa cita-cita aku bila dah besar sejak kecil lagi, so aku tak tahu lah apa yang terbaik untuk aku. --" Kalau nak jadi DOKTOR, aku kene score fizik, kimia and bio semua tu. Bukan sebab tu je. Aku nihh dah lah tak suka berdepan dengan darah yang banyak. Tengok mayat pon tak boleh. Lemah semangat. Aku minat yang berkaitan dengan EDITOR. Tak pun yang ada kaitan dengan KAMERA. Hmm :/ Macam mana nihh?? Kalau amik bidang yang macam tu, Ayah setuju ke tak ekk? Suka ke tak?? Aku rasa macam banyak tentangan je nanti. Konfius giler kot. Target aku untuk SPM next year, Kimia and Bio aku nak score A. Fizik and Add Math, asal lulus sudah lahh. Yang lain, takkan tak boleh score kot. Cehh. Macam boleh jee. *tak yakin sebenarnya. Tapi, aku akan buktikan jugak! USAHA TANGGA KEJAYAAN kan? Aku sedar sesuatu. Aku banyak main-main tahun ni. Tu yang result aku macam jatuh sikit. *boleh tahan lah. Tahun depan, aku kene kurangkan masa dengan semua akaun aku. BLOGGER, TWITTER and FACEBOOK. Hmm. Boleh ke tak ekk? Phone pon ayah tak bagi pegang. Macam mana nak contact Si Dia? Tahan jelah. Btw, GOOD LUCK TO SPM CANDIDATES 2014. Hwaiting!

Friday, 13 December 2013

2013 I Will Miss You After This.

Tak sangka, dah tua dah aku ni. *taklah tua sangat. Lepas tengok gambar masa raya, masa Program PIDM, dan segala gambar yang ada dalam lappy ni lah, rasa sedih pulak. Sedih nak tinggal tahun 2013 ni. Banyak kenangan yang tercipta tahun ni. Kenangan manis lagi banyak lah yang pastinya. Antaranya, masa kena kaunseling sebab couple-couple ni. Hahaha. Sekolah korang adoo? Kene kaunseling tapi dapat sijil. Adoo? Kelakar sehh. Then, kenangan masa raya. Tak banyak sangat, sebab aku tak beraya sakan pon tahun ni. Tapi, aku raya rumah Iwin sampai 3 kali tahun ni. First raya, pastu raya keberapa tah dengan bebudak nihh, then marhaban lagi. Kihkihkih. Tak malu betul. -,- Habis nak buat macam mana, diorang tak datang aku dah datang dulu. Hihik. Apa lagi ekk yang terjadi tahun ni? Jap. Nak ingat balik. Hahh :D Hari sukan. Aku jadi pemegang sepanduk. Tu lagi kelakar. Dah lah kene pakai baju kurung dekat tengah-tengah padang tu. Tapi, berbaloi jugak. Dapat no.2 dalam perbarisan. Tak dapat no.1 sebab tak ada keseragaman. Takpe. Next year, aku akan pastikan semua seragam. Aku yang pegang tahun depan. *yekyek jee :p Hahaha. Apa lagi ye?? -__- OMG, tahun depan siapa yang nak jadi atlet ekk? Team aku semua lemau. *tak lah semua sangat. Aku dah lah tak teror bab-bab lari ni. Lompat pon hamprak. Yang boleh, cuma Lontar Peluru je. *teruk gila. Nak buat macam mana kan? Memang bukan makanan aku bab-bab sukan ni. :) JPAM? Dah semakin okay sekarang ni. Next year punya plan dah ada. Aku dengan Iwin akan cuba bawak kemenangan untuk sekolah dalam Pertandingan Pertolongan Cemas. Tahun ni agak kecewa, sebab kalah. Tapi, aku pelik lah. Sebab, kitorang dah buat ikut yang kitorang belajar, tetap salah jugak. = = " *tak ada rezeki mungkin. Lupakan. Done untuk entry kali ni. Nanti kalau ada mood nak story lagi, aku post lagi yee. Bye. Assalammualaikum :)

Monday, 9 December 2013

Kehadiran Mereka Sangat Berharga.❤️



Bagi anak tunggal, mereka mudah rasa kesepian. Kerana tiada adik atau abang untuk menjadi peneman. Bagi, yang mempunyai ramai adik-beradik, mereka rasa terganggu, rimas, dan macam-macam lagi perasaan apabila hadirnya adik-beradik. Sebenarnya, kehadiran mereka sangat menyenangkan. Cuma, hanya dalam beberapa situasi, yang menyebabkan kehadiran mereka itu tidak disenangi. Hakikatnya, merekalah segalanya buat kita. Mereka KELUARGA, SAHABAT, dan TEMPAT BERGANTUNG. Mungkin kadangkala kita akan terasa terabai, kerana ibubapa banyak menumpukan perhatian pada mereka. Tapi, sebenarnya mereka tidak pernah berbagi kasih kepada setiap anaknya. Biasanya, anak yang pertama akan berasa iri hati terhadap adik-adiknya, kerana mereka akan menganggap bahawa ibubapa nya sudah tidak sayang padanya lagi. Cuba kita flashback balik ya? Anak pertama ialah anak yang paling bertuah. Kenapa aku cakap bertuah? Kerana, kehadiran mereka dinantikan oleh semua ahli keluarga. Dari atuk nenek sampai makcik dan pakcik. Bertuahkan? Semasa kecilnya, sudah diberikan perhatian oleh ibubapanya. Mereka sangat komited dalam mengasuh anaknya. Apabila hadirnya anak yang kedua dan seterusnya, mungkin anak pertama ini sudah tidak dimanjakan lagi. Kenapa? Sebab, ia sebahagian daripada cabaran. Cuba kita bayangkan, andai suatu hari nanti ibubapa kita sudah tiada. Adakah kita mampu untuk memimpin dan mengasuh adik-adik kita? Mampukah kita untuk menggantikan tugas yang seharusnya digalas oleh ibubapa? Kalau anak pertama manja, bagaimana nak memimpin yang lainnya? Sebagai anak pertama, kita seharusnya menjadi seorang yang berdikari, pintar, berkeyakinan, sentiasa tenang dalam apa jua keadaan. Jika sebarang musibah menimpa kita, kita boleh menenangkan jiwa adik-adik yang lain. Mereka akan kuat, bila lihat kita kuat.
Janganlah menganggap kehadiran mereka merupakan kesusahan untuk kita. Mungkin, sekarang ini mereka degil dan tidak mahu mendengar apa yang kita nasihatkan. Tetapi, fikirlah untuk masa hadapan. Mereka akan membesar. Kalau kita ada masalah, mereka mungkin boleh bantu. Waktu itu, kenakalan mereka ketika kecillah yang kita rindukan. Tetapi, realitinya, kita lihat mereka sudah dewasa dan boleh fikir dengan matang. Mereka tidak lagi budak yang bawah umur seperti dulu. Yang selalu sepahkan rumah, selalu menyakat orang, selalu buat benda yang kita larang. Kita akan rindukan saat itu nanti. Percayalah.

Hanya tibanya RAYA kami akan berkumpul seperti ini. Walaupun, tinggal berjauhan. Tali kekeluargaan itu masih utuh lagi. Tiada perpecahan yang terjadi. Harap akan lebih bertambah ramai tahun hadapan. I LOVE YOU ALL.             FAMILY❤️

Tiada yang lebih berharga daripada KELUARGA. Tanpa mereka tiada kita didunia ini. Harap, Allah akan sentiasa memberikan sinar kebahagiaan kepada keluarga kita. Aminn :)

Friday, 6 December 2013

Chicken Pox :'(

Assalamualaikum :')

Chicken pox or Cengkering. Itu yang aku hadapi sekarang nihh. Hmm. agak sedih sebenarnya. Satu badan aku rasa gatal-gatal jee nihh. Tapi, nak buat macam mana kan? Aku pelik jugak sebenarnya?? Aku jangkit daripada siapa??:/ Aku dah baca dekat internet pasal chicken pox nihh. Aku share sikit dekat korang ehh :)

Tanda-tanda awal chicken pox:

1. terdapat gelembung kecil dan berair pada badan anda( check kepala dulu, jangan pecahkan)

2. badan lemah, dan lesu, rasa macam nak demam pun ade.

3. panas sangat badan ( elakkan dari berpeluh nanti lebih gatal)

4.dapatkan rawatan doktor secepatnya.

5.jangan sesekali ambil air kelapa,nanti makin banyak
 
 Nihh yang aku baca dari satu blog nihh. Menurut penulis blog tu, aku kene banyak pantang. Macam-macam lah. Telur, susu, daging, ayam semua tak boleh makan. Kicap pon tak boleh. Haishh.. Memang aku suruh mama buat bubur jelah. Otak dia. -__- 
Semakin tak tahan aku dengan gatal-gatal nihh. ><" Lagi satu, aku baru lepas balik klinik tadi. Perghh, ubat yang doktor tu bagi macam tak banyak pulak kan?? Ada yang nak kene habiskan sepapan dalam masa satu hari. Tak pernah aku makan ubat sebanyak. Tapi, nasib baiklah aku ni jenis yang senang nak ngapp semua ubat tu. Hehee :) 
Okay lahh. Sampai sini jelah pasal aku kene CHICKEN POX. Dah merenyam satu badan nihh. Bubye :)

Wednesday, 4 December 2013

Musim Tengkujuh

Assalamualaikum..

Hmm..
Apa khabar?
Sehat tak?
Hope sihat sentiasa okay :)
Maklumlah, sekarang kan musim hujan.
Sampai ada sesetengah kawasan yang banjir.
Jangan main air banjir tu yee :)
Very dangerous!

Alhamdulillah,
Tempat Wanny tak banjir.
Nilah untungnya tinggal dikawasan yang berbukit.
Heehee :)
Tetapi, hujan tetap hujan.
Dah lebih seminggu Wanny tak keluar dari rumah.
Bukan sebab hujan jee. Tapi, sebab malas kot :/
Hahaha :D

Disini Wanny kongsikan sedikit Tips Ketika Banjir.
Macam pelik jee bunyi nyer :/
Tapi, tak pelah.
Jaga diri korang yee :)
Menghindar lebih baik daripada merawat.
So, sebaiknya hindarkanlah perkara yang akan mengundang bahana kepada kita.
Wanny sentiasa doakan supaya korang semua selamat :)
Aminnnnnnnn ;)
Mungkin ini dapat membantu korang yang menghadapi banjir. 


Sunday, 1 December 2013

Hope you see this entry :'(

Amani ♥ 

Only You

 Ini bukti bahawa saya sayang awak.
Saya cuma berharap awak akan tengok video ini.
Cuma itu yg mampu saya lakukan untuk luahkan perasaan saya.
Harap awak suka.

#Present10Monthsary

Saturday, 30 November 2013

Sad Life :'(

Assalamualaikum..

 
 
Perasaan sedih bila dalam satu perhubungan itu sudah menjadi lumrah,
Sama seperti yang aku rasakan kini,
Aku tak tahu nak salahkan siapa,
Dia atau memang salahku sendiri,

Hmm.. Kenapa susah sangat nak rasa bahagia bila dengan dia??
 
Pabila sedih,
Kita mesti tekup bantal dekat muka,
Untuk elakkan org lain tahu yang kita sedang bersedih,
Kann??
Bantal lah yang menyaksikan segalanya.
Thanks to my pillow,
Because you always beside me when I need you.
 
 
Sakit nya hati ini,
Hanya Tuhan sahaja yang tahu,
Aku tak berharap yang kau akan pujuk aku,
Biarlah aku sendiri,
Kau pergilah dengan kehidupan bahagia kau,
Aku takkan ganggu kau lagi.
 
 
Maafkan segala kesalahan aku,
Tinggalkan lah aku sendiri disini,
Aku akan teruskan hidup aku,
Tanpa cinta darimu,
Goodbye sayang.
 
 
 

Monday, 25 November 2013

10 Months Anniversary ღ

Waney ♥ Baktiar
Peja celik pejam celik,
Dah 10 bulan usia hubungan kita,
Walaupun tak sangka ia akan bertahan selama ini,
Tapi, Alhamdulillah :)
26/1/13 kita mula ambil langkah untuk kenal sebagai,
Lebih daripada seorang kawan,

Long distance relationship,
Itulah status hubungan kita,
Jumpa tak pernah,
Hanya telefon cara kita berhubung,
Itu bukanlah penghalang buat kita.

Bulan pertama,
Merupakan bulan yang sangat mencabar,
Kita tak jumpa keserasian kita,
Persamaan kita,
Belum ada kepercayaan pada diri awak terhadap saya,
Tetapi, saya hadapi dengan tabah.

Bulan bulan yang seterusnya,
Banyak lagi dugaan yang harus saya hadapi,
Permainan awak,
Mengundang rasa sakit hati pada saya,
Banyak yang awak rahsiakan daripada saya.
Ternyata, awak masih bersama dia.

Agak bodoh bagi saya,
Kerana tak marah awak,
Sedangkan saya memang patut marah awak,
Sabar..
Itulah yang selalu saya buat,
Bila berhadapan dengan situasi macam ini,
Alhamdulillah..
Walaupun dia masih menganggap awak miliknya,
Tetapi, ternyata hati awak hanya untuk saya.
Terima kasih untuk SEGALANYA.

Saya hanya berharap yang hubungan ini akan kekal,
Saya harap yang saya akan jumpa awak suatu hari nanti,
Saya RINDU awak,
Saya SAYANG awak.
Saya CINTA awak.

Sunday, 24 November 2013

Beloved Sister ❤

Hello readers !





You want to know who is she??
She my Lovely sister :)
Elaine Lee . .
Aku selalu stalker dia.
Dulu selalu tweeting,
Tapi.. sekarang jarang sangat.
Maybe, dia busy :/
Rindu sebenarnya nak jadi macam dulu.
Tapi nak buat mcm mana?
Masing-masing ada tanggungjawab tersendiri kan?

Dear sister,
I miss you damn much.
Memang kita tak pernah jumpa,
But, I'm wishing that we will meet someday,
Harap harapan itu akan tercapai lahh.
Adik baca tweet akak,
Memang tak semua akan suka kita,
Ada yang bencikan kita,
But, I know you are a strong girl.
So, akak boleh hadapi cemuhan diorang tu,
Diorang tak kenal kita,
Sebab tu semua tanggapan pada kita salah.
Adik pun tak berapa kenal akak lagi,
Tapi, adik tak rasa akak orang jahat.
OKay??

Sincerely from:
Your sister Kakchu :)

Friday, 22 November 2013

Sabar Menantimu ♡


I ♡ U MNIB.

Assalamualaikum...

Aku harus menunggu lagi,
Tiada call or text,
Dari dia..
Memang sukar sebenarnya untuk tahan RINDU ini,
Tapi, tidak mengapalah,
Kalau JODOH kita kuat,
Kita dapat lalui semuanya dugaan yang mendatang,
Kan SAYANG??

Sekarang,
Awak akan menamatkan zaman persekolahan awak,
Tak lama lagi,
Kalaulah saya sebaya dengan awak,
Mungkin kita tempuhi peperiksaan ini bersama,
Then, sambung study bersama jugak,
Malangnya,
Saya setahun lebih muda daripada awak,

Alhamdulillah,
Kerana kenal awak tahun ini,
Kerana awak sayang saya,
Kerana awak setia dengan saya,
Kerana letak saya dalam hati awak,
Terima Kasih sayang.

Insya Allah,
Saya akan sentiasa tunggu awak,
Sabar dengan kerenah awak,
Percayakan awak,
Paham keadaan awak,
Setia dengan awak.

Just for you that called Lover,
Mohd Nor Iqram Baktiar b. Mohd Nor Rizal


Memori 4Ihsan.

Batch 4Ihsan 2013
Semasa latihan koir.
Di luar Makmal Cikgu Rohana
Gelagat girls 4Ihsan.
Hari-hari terakhir Form 4.
Suasana 4Ihsan.
Syimah and Intan Liyana.

Boring in the class.
Tunggu cikgu punya pasal.

Dimana ada Nurin, disitu ada Aku.
Peace!
Our Raya in School.
PIDM Money Smart.

Farah Farhana and Me.

Fiera and Me.
Kontijen Johor with Abang Shah.
KakYong, Kakchu and KakNgah.









Green girl at The Zon Hotel.
Kenangan dengan Cikgu Jalil.
4 dara pingitan.
Intan Liyana and Me after cooking time.
Kumpulan koir sekolah.

 Berakhir sudah zaman Tingkatan 4 kita,
Walaupun macam macam tanggapan negatif kepada kita,
Kita tetap lalui bersama.
Harap yang terbaik semasa di Tingkatan 5,
Doakan semoga SPM kita gempak tahun depan ehh?
5Ihsan wait for us.

4Ihsan 2013
  1. Pengerusi tingkatan: Muhd Shahrul Affandi
  2. N. Pengerusi tingkatan: Noor Hasyimah
  3. Bendahari: Rosnee
  • Boys 4Ihsan
  1. Muhd Akhimullah
  2. Abdul Azim
  3. Ahmadi Hassan
  4. Nur Muhd Fitri
  5. Riezman
  • Girls 4Ihsan
  1. Farah Farhana
  2. Nur Amanina
  3. Maizatul Amira
  4. Nor Safira Amira
  5. Nurul Fazlina 
  6. Noreen
  7. Nurul Faradiana
  8. Umi Liana
  9. Nor Aziera Syazwani
  10. Nurizatyamira
  11. Siti Aisyah
Meet next year guys. Goodbye Form 4 :)

Thursday, 21 November 2013

They are...?

Pertemuan kembali kami :)


Dulu mungkin selalu tak sependapat,
Tetapi kini, kita SAHABAT.
Rasa macam masa itu cepat berlalu,
Pertemuan kembali yang sangat sekejap.
Banyak perubahan yang ada pada kita ketika ini,
Tetapi aku harap akan ada lagi pertemuan antara kita.
Insya Allah :)
Harap dapat jumpa satu hari nanti. Mohammad Amerul Hakimi.
Kita selalu chatting di muka buku,
Walaupun tak pernah jumpa,
Tapi, I know you such a caring friend.
Thanks :)

Wednesday, 20 November 2013

Menang Kalah Itulah Adat.

Menang dan Kalah adalah adat dalam pertandingan,
Usah ditangisi,
Hanya perlu tersenyum.
Memang sukar untuk menerimanya,
Tetapi..
Fikirlah secara positif.
Betapa sukarnya kita untuk capai ketahap ini.
Betapa kerasnya usaha kita.
Kita bukan kalah,
Tapi kita sudah menang dari awal.
Cuma nasib kita tak berapa baik.
Selain itu,
Fikirlah kelebihan yang kita perolehi.
Fikirlah pengalaman yang tak ternilai ini.
Seumur hidup hanya sekali kita tempuhi cabaran seperti ini.
Alhamdulillah dengan apa yang kita dapat.

Kontijen Johor Cabaran Sekolah PIDM Money Smart.