Monday, 9 December 2013

Kehadiran Mereka Sangat Berharga.❤️



Bagi anak tunggal, mereka mudah rasa kesepian. Kerana tiada adik atau abang untuk menjadi peneman. Bagi, yang mempunyai ramai adik-beradik, mereka rasa terganggu, rimas, dan macam-macam lagi perasaan apabila hadirnya adik-beradik. Sebenarnya, kehadiran mereka sangat menyenangkan. Cuma, hanya dalam beberapa situasi, yang menyebabkan kehadiran mereka itu tidak disenangi. Hakikatnya, merekalah segalanya buat kita. Mereka KELUARGA, SAHABAT, dan TEMPAT BERGANTUNG. Mungkin kadangkala kita akan terasa terabai, kerana ibubapa banyak menumpukan perhatian pada mereka. Tapi, sebenarnya mereka tidak pernah berbagi kasih kepada setiap anaknya. Biasanya, anak yang pertama akan berasa iri hati terhadap adik-adiknya, kerana mereka akan menganggap bahawa ibubapa nya sudah tidak sayang padanya lagi. Cuba kita flashback balik ya? Anak pertama ialah anak yang paling bertuah. Kenapa aku cakap bertuah? Kerana, kehadiran mereka dinantikan oleh semua ahli keluarga. Dari atuk nenek sampai makcik dan pakcik. Bertuahkan? Semasa kecilnya, sudah diberikan perhatian oleh ibubapanya. Mereka sangat komited dalam mengasuh anaknya. Apabila hadirnya anak yang kedua dan seterusnya, mungkin anak pertama ini sudah tidak dimanjakan lagi. Kenapa? Sebab, ia sebahagian daripada cabaran. Cuba kita bayangkan, andai suatu hari nanti ibubapa kita sudah tiada. Adakah kita mampu untuk memimpin dan mengasuh adik-adik kita? Mampukah kita untuk menggantikan tugas yang seharusnya digalas oleh ibubapa? Kalau anak pertama manja, bagaimana nak memimpin yang lainnya? Sebagai anak pertama, kita seharusnya menjadi seorang yang berdikari, pintar, berkeyakinan, sentiasa tenang dalam apa jua keadaan. Jika sebarang musibah menimpa kita, kita boleh menenangkan jiwa adik-adik yang lain. Mereka akan kuat, bila lihat kita kuat.
Janganlah menganggap kehadiran mereka merupakan kesusahan untuk kita. Mungkin, sekarang ini mereka degil dan tidak mahu mendengar apa yang kita nasihatkan. Tetapi, fikirlah untuk masa hadapan. Mereka akan membesar. Kalau kita ada masalah, mereka mungkin boleh bantu. Waktu itu, kenakalan mereka ketika kecillah yang kita rindukan. Tetapi, realitinya, kita lihat mereka sudah dewasa dan boleh fikir dengan matang. Mereka tidak lagi budak yang bawah umur seperti dulu. Yang selalu sepahkan rumah, selalu menyakat orang, selalu buat benda yang kita larang. Kita akan rindukan saat itu nanti. Percayalah.

Hanya tibanya RAYA kami akan berkumpul seperti ini. Walaupun, tinggal berjauhan. Tali kekeluargaan itu masih utuh lagi. Tiada perpecahan yang terjadi. Harap akan lebih bertambah ramai tahun hadapan. I LOVE YOU ALL.             FAMILY❤️

Tiada yang lebih berharga daripada KELUARGA. Tanpa mereka tiada kita didunia ini. Harap, Allah akan sentiasa memberikan sinar kebahagiaan kepada keluarga kita. Aminn :)

4 comments: